Pages

Apa yang Anda Cari ?

Friday, 24 October 2014

BERSALIN SECARA CAESAR PUN KENA PAKAI BENGKUNG KE?

Doktor saya mencadangkan bengkung pada saya selepas bersalin secara pembedahan kali ke-2. Ia sangat-sangat membantu saya untuk bergerak dengan lebih selesa dan mendapatkan kembali bentuk badan seperti sebelum mengandung. 

Terdapat perbezaan besar antara tidak memakai bengkung ketika bersalin pembedahan kali pertama dengan memakai bengkung untuk bersalin kali ke-2. 

Sekiranya anda bersalin secara pembedahan, jangan takut untuk memakai bengkung. Gunakan bengkung yang khas untuk orang yang menjalani pembedahan. Dan tidak perlu dilekat ke badan terlalu ketat, boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Baru-baru ni seorang kenalan saya bersalin secara bedah. Ketika saya melawatnya, beliau tidak memakai bengkung. Ianya adalah perkara biasa. Memang kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan memang tidak memakai bemgkung.

Saya meminjamkan bengkung saya padanya dan saya sangat-sangat berpuas hati dengan keadaan dia sekarang.


Inilah rupa bengkung yang saya gunakan ketika dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan. 



JANGAN LUPA PAKAI BENGKUNG WALAUPUN BERSALIN CAESAR YE!!!

No comments:

Post a Comment