Pages

Apa yang Anda Cari ?

Saturday, 25 October 2014

AKTIVITI SAMBUTAN MAAL HIJRAH


Aktiviti sambutan tahun bermula dari lewat petang semalam. Lewat asar petang semalam, aktiviti dimulai dengan membaca doa akhir Tahun mohon segala amal dalam tahun lepas diterima olehNya. Dan mohon diampunkan segala dosa.

Selesai sahaja solat maghrib malam semalam, disambung dengan doa awal tahun pula. Selesai solat Isyak, saya sekeluarga bergerak ke rumah mertua di Ampang. Esok nak ke Seremban untuk Sambutan Awal Muharram anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. 

Pkl 7 pagi tadi saya dan suami bergerak menuju ke Seremban. Sebelum keluar sempat bersaran dengan Cinch Tea sahaja. 

Anak-anak semua tinggal dengan mak mertua. Sebenarnya ni adalah pertama kali saya berpisah dengan Jannah untuk satu tempoh masa yang lama. Risau gak kalau dia buat perangai masa ketiadaan saya. Masa nak keluar rumah, semua anak-anak dah bangun. Macam mama ni...boleh ke Jannah lepaskan saya? dalam hati dah mula risau.

Tapi rupa-rupanya, takde hal langsung dengan dia. Sebaliknya Soleh yang menagis teresak-esak sebab kena tinggal. 

Sebelum sampai ke Seremban, sempat singgah di RnR untuk tapau sarapan. Lokasi sambutan adalah di Dewan Datuk Haji Maideen.


Acara bermula dengan Solawat Badar. Kemudian disusuli dengan berzanji Marhaban, Rawi, qasidah dan Solawat.

kacaknya suami saya..huhuhu

Aktiviti pagi berhenti pada pukul 12. bersambung dengan makan tengahari yang disediakan. Petang pula sambutan Hari tenaga Pengajar, saya la tu.. amanat dari guru utama dan penyampaian anugerah-anugerah khas.


Perarakan keluar Guru Utama selepas tamat program petang tadi.

Sempat pulak aku bergambar dengan Orang lama dalam PSSCM.
Ni pulak team ahli-ahli dari Johor.

Sebenarnya program ni melibatkan ahli seluruh negara.bukan negeri Johor je ye..Tapi ntah kenapa aku terambik pulak gambar ahli-ahli Johor ni je.

No comments:

Post a Comment