Pages

Apa yang Anda Cari ?

Sunday, 21 September 2014

PUNCA-PUNCA KETIDAKSUBURAN

PUNCA-PUNCA KETIDKSUBURAN

Kesukaran untuk mendapatkan zuriat merupakan satu kekecewaan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Perasaan putus asa, kemurungan dan rendah diri adalah perkara biasa. 


Kali ni saya nak kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan.


Punca-punca ketidaksuburan ini amat luas dan bukan hanya dikaitkan dengan perempuan sahaja, malah lelaki juga perlu diambilkira. Apabila pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil, langkah pertama adalah untuk mengenalpasti waktu ovulasi dengan tepat, dengan menggunakan suhu badan wanita, lendir serviks atau kit ovulasi. Sekiranya ia berlarutan (3-6 bulan tanpa kehamilan), pasangan suami dan isteri perlu membuat pemeriksaan. Kiraan sperma juga boleh dilakukan untuk memeriksa bilangan dan kualiti sperma yang sedia ada. Selepas mengkaji semua keputusan ujian, pasangan dan doktor boleh membincangkan pelan rawatan yang terbaik. 

Akupunktur merupakan salah satu cara untuk menggalakkan tahap kesuburan. Penyelidikan merekodkan akupunktur memberi manfaat kepada pasangan lelaki dan perempuan. Untuk lelaki, akupunktur telah menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan kedua-dua kualiti dan kuantiti sperma [Sumber: Pei, Siterman]. Satu kajian akupunktur kepada wanita menunjukkan kejayaan berbanding dengan terapi hormon, ia juga tiada sebarang kesan sampingan yang ketara [Sumber: Gerhard]. Akupunktur telah terbukti meningkatkan kejayaan persenyawaan in vitro (IVF) [Sumber: Dieterle]. Pasangan yang merancang untuk menjalani IVF harus mempertimbangkan untuk menjalani akupunktur. Kaedah ini biasanya diterima dengan baik dan tidak mengganggu rawatan kesuburan yang lain. 


Banyak nutrien boleh membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Mengambil kedua-dua suplemen multivitamin dan B kompleks telah terbukti dapat meningkatkan tahap kesuburan [Sumber: Chavarro, Schnacter]. Walaupun penyelidikan memberi tumpuan terutamanya kepada wanita dalam pengambilan nutrien ini, pengambilannya disyorkan untuk pasangan suami dan isteri. Semua wanita yang merancang ataupun sedang hamil disyorkan sekurang-kurangnya mengambil 400-800 mcg asid folik sehari untuk membantu mencegah pelbagai jenis kecacatan kelahiran [Sumber: Czeizel]. 



Dalam kajian menunjukkan beberapa nutrien dapat meningkatkan hubungan jumlah sperma dan motilitas. Vitamin C, zink, asid folik dan vitamin E telah terbukti bermanfaat kepada kuantiti atau kualiti sperma [Sumber: Dawson, Wong, Kessopoulou]. Pengambilannya boleh diambil secara individu ataupun didalam multivitamin. 

Dos yang dicadangkan terdiri seperti berikut: 
Vitamin C: 500-1,000 mg setiap hari 
Vitamin E: 400 IU setiap hari 
Zink: 15-25 mg setiap hari 
Asid folik: 400-800 mcg setiap hari. 



Kelenjar tiroid sering terlepas pandang sebagai penyumbang kepada kemandulan. Rendah (atau tinggi) fungsi tiroid boleh mengganggu kitaran hormon dan kesuburan [Sumber: Kalro]

Tiga faktor kesihatan lain yang boleh memberi kesan kesuburan adalah obesiti, pemakanan tidak lengkap (kurang nutrisi) dan tekanan. Semua isu-isu ini memberi tekanan pada badan. Obesiti boleh mengganggu kitaran hormon semulajadi dan boleh menyebabkan ovari polikistik. Pemakanan tidak lengkap boleh membawa kepada kekurangan nutrien berkualiti untuk menyokong tumbesaran janin. Ramai orang mempunyai diet yang tinggi gula, makanan segera dan kurang buah-buahan serta sayur-sayuran. Badan akan berfungsi dengan baik sekiranya mendapat nutrien yang lengkap. Pemakanan tidak lengkap akhirnya akan menyebabkan pertambahan berat badan, yang lebih menyedihkan memberi kesan kepada tahap kesuburan. 

Pasangan perlu mengambil kira kelebihan dan kekurang rutin pemakanan mereka, dan mencari jalan untuk meningkatkan pemakanan yang baik. 

Tekanan, malangnya ia memberi kesan negatif kepada fungsi di seluruh badan. Kebimbangan mengenai kesuburan boleh menjadi satu tekanan yang hebat. Pasangan yang berhadapan dengan masalah untuk hamil harus membincangkan keadaan mereka dengan doktor dan mencari pelan rawatan yang optimum untuk keadaan mereka. Cari jalan untuk melegakan tekanan seperti bersenam, yoga, tai chi ataupun poco-poco. 


Suplemen Shaklee yang disarankan bagi meningkatkan tahap kesuburan suami & isteri:

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vita-lea (Multivitamin) - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..






"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN
MODAL SERENDAH RM75 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA









1 comment: