BREAST CANCER. Kanser Payudara, bila dengar mesti seram kan? Jangan ambil mudah kerana sesiapa pun berisiko untuk kena. Ia bukan lagi satu penyakit keturunan.
Kanser merupakan penyebab kedua kematian di Malaysia. Dianggarkan 20,000 kes baru didaftar setiap tahun. 30-50% kes boleh dicegah dengan gaya hidup sihat (pemakanan & senaman), disamping pengesahan awal dan rawatan.
-Sumber : MAKNA
Kanser payudara adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal dalam tisu. Jika tidak dikesan dan dirawat dari awal, sel kanser boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain, termasuk paru-paru, tulang dan hati. Kanser payudara merupakan kanser yang paling biasa dan berbahaya di kalangan wanita di Malaysia.
Apakah yang menyebabkan kanser payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
- Usia meningkat
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.(jangan ingat keturunan takde kena kanser, kita tak berisiko ye)
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan (ramai susah nak elak benda ni)
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara.
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP). Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Bila masa untuk melakukan PSP ?
Anda boleh melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
Bagaimana Melakukan PSP
Jom tengok gambar. Bila ada gambar lagi senang nak faham.
Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.
- Benjolan di payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
- Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.
Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kanser?
9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.
RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA
- CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP BULAN.
- JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
- JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
- INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.
Breast Cancer? Resveratrol and a similair molecule triacetyl-resveratrol slow down the proliferation in breast cancer cells by utilizing largely similar signaling molecules and pathways and cellular events according to a study conducted by the Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, Valhalla, NY learn more
Read more : RESVERATROL VS CANCER AND OTHER DISEASES
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
FB : Ummi Hanifah Abd Halim
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp)
Email : tollgategirl@yahoo.com
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment