Pages

Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 18 June 2013

FAKTA MENGENAI PENYUSUAN MENGGUNAKAN BOTOL SUSU

Botol Kaca atau plastik?
Bayi anda mungkin akan memberi petunjuk kepada anda tentang yang mana lebih baik. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan: botol plastik lebih ringan daripada kaca dan shatterproof. Tetapi botol plastik tidak boleh tahan lama sepertibotol kaca. Pada masa dahulu, sesetengah ibu bapa memilih botol kaca untuk mengelak dari bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam beberapa botol plastik. Namun, sekarang kebanyakan botol plastik yang dijual adalah BPA-free.


Apa yang perlu anda Tahu Mengenai puting
Kebanyakan puting yang diperbuat daripada silikon atau getah datang dalam pelbagai bentuk. Ia mempunyai "kadar aliran," yang berbeza berdasarkan saiz lubang puting. Anda mungkin mahu mencuba beberapa jenis untuk melihat apa yang terbai dan sesuai untuk bayi anda. Selalu periksa keadaan puting untuk tanda-tanda nipis atau koyak. Ganti sekerap yang boleh.


Steril Botol Sebelum Penggunaan kali Pertama
Mensterilkan botol dan puting dalam periuk air mendidih selama 5 minit. Selepas itu, anda boleh membasuh botol dengan detergen dan air panas menggunakan tangan atau di dalam mesin basuh pinggan mangkuk - setiap kali selepas menggunakannya. Anda boleh memilih untuk membasuh botol menggunakan tangan kerana telah ada beberapa kajian yang menunjukkan bahan kimia akan keluar dari botol plastik apabila terdedah kepada suhu panas.
Sterilize Baby Bottles & Nipples


Tetapkan untuk Penyusuan Susu Ibu atau Susu Formula
Hanya beri susu ibu kepada bayi yang baru lahir, sama ada di pam atau terus dari badan. Sekiranya anda memberi susu formula, ikut sukatan atau formula yang telah ditetapkan. Jika anda menambah terlalu banyak air akan menipiskan formula, manakala jika terlalu sedikit air boleh menjadikan perut dan buah pinggang bayi anda sukar untuk bekerja.


Bagaimana memilih Formula
Kebanyakan ibu bapa mula memilih dengan susu lembu. Anda juga boleh membeli formula berasaskan soya dan hypoallergenic ataupun susu kambing. Pastikan anda menggunakan salah satu yang diperkaya dengan zat besi. Anda boleh membeli formula dalam bentuk tepung, pekat yang sedia untuk digunakan. 


Suam atau suhu bilik?
Sebaiknya beri bayi anda botol dalam keadaan sejuk atau suhu bilik. Jika dia lebih suka formula yang panas, letakkan botol dalam bekas yang diisi dngan air suam atau alirkan air paip pada botol selama 1-2 minit. Jangan gunakan gelombang mikro. Ia boleh menyebabkan tompok panas yang boleh membakar mulut bayi anda. Goncang botol (susu formula) dan titiskan setitik di atas tangan anda untuk menguji suhu. Jangan menguji ia di pergelangan tangan anda - ia adalah kurang sensitif kepada haba.
Man Testing Baby Formula


Cara memegang Bayi Anda
Letakkan bip pada bayi anda dan bersedia untuk membersihkan sekiranya susu tumpah atau bayi anda muntah. Sekarang, sandarkan dia dengan kepala sedikit lebih tinggi daripada seluruh tubuhnya. Pegang botol dan perhatikan bayi anda minum. Memerhatikan bayi anda akan membantu anda tahu apabila dia selesai atau sudah kenyang. Jika bayi anda terlalu lama untuk menghabiskannya, cuba sendawakan dia.


Genggaman pada Botol Ketika Penyusuan
Apabila anda letih, ia boleh mengganggu untuk penyusuan botol bayi anda, dan anda akan sandarkan botol pada bantal dan membiarkan bayi anda minum sendiri. Ketahuilah, meninggalkan bayi anda dengan botol tersandar meningkatkan risiko tercekik dan kerosakan gigi. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan telinga.


Bagaimana Anda Tahu Apabila Bayi anda sudah kenyang?
Bayi anda akan membiarkan anda tahu apabila dia sudah selesai. Dia mungkin berhenti menghisap, berpaling dari botol, atau, jika dia cukup lama, menolak botol jauh. Anda mungkin mahu untuk memberi dia peluang untuk mengubah fikiran beliau, tetapi jangan dalam keadaan memaksa bayi anda.


Bagaimana untuk Sendawakan Bayi Anda
Pegang bayi di atas riba anda atau letakkan bayi pada bahu anda. Perlahan-lahan tepuk atau gosok belakang beliau. Anda juga boleh meletakkan perut dia lie-down di atas riba anda, sokong kepalanya, dan anda tepuk belakang dia. Bayi anda mungkin akan memuntahkan sedikit susu, jadi bersedia dengan kain. Jika dia tidak sendawa selepas beberapa minit tetapi anda lihat dia dalam keadaan yang tenang, jangan bimbang. Bukan setiap kali penyusuan, bayi anda akan sendawa.


Adakah Anda Patut Tukar Susu Formula?
Jika bayi anda muntah setiap kali lepas penyusuan, anda boleh merujuk semula kepada susu formula. Kadang-kadang, bayi mempunyai alahan yang boleh menyebabkan perkara-perkara seperti cirit-birit, muntah, atau kulit kering dan kemerah-merahan. Rujuk pada doktor bayi anda. Dia akan memberitahu anda jika anda perlu menukar formula - dan jika ya, bagaimana untuk melakukan yang terbaik. Jangan membuat perubahan tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Berapa Lama Anda Boleh Simpan Susu?
Lebihan Susu Formula dalam botol mestilah dibuang dengan segera. Segera menyejukkan susu formula cecair yang telah dibuka dan gunakannya dalam tempoh 48 jam selepas dibuka. Jika anda menggunakan susu formula dari serbuk, ia boleh disimpan selama 24 jam di dalam peti sejuk. Susu formula yang lebih daripada 2 jam, hendaklah dibuang. Untuk susu ibu, sejukkan susu yang hendak digunakan dalam tempoh 7 hari. Atau bekukan ia. Ia boleh bertahan 3 bulan dalam freezer standard yang disimpan di 0o F atau 6 bulan dalam deep freezer.








No comments:

Post a Comment