Pages

Apa yang Anda Cari ?

Monday, 10 June 2013

5 LANGKAH TANGANI PERUBAHAN WAJAH PADA USIA 30-AN

Pejam celik pejam celik tak sangka usia kini sudah menginjak ke  30-an. Jika anda jarang mengambil kisah bab-bab kecantikan, sebaiknya buang tabiat tersebut. Ini kerana, apabila seseorang wanita memasuki fasa umur 30-an perubahan kulit tidak dapat dielakkan.

Kulit yang anjal dan tegang sebelum ini pasti akan mengendur, masalah bintik hitam, kedutan akan mula muncul. Inilah tanda-tanda penuaan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu anda boleh melambatkan penuaan semulajadi ini dengan cara yang tepat.

Antara tip yang mungkin boleh membantu wanita yang sedang gelisah menghadapi perubahan di wajah adalah :
  1. Bersihkan wajah
  2. Amalkan pelembap
  3. Elak bertukar produk kecantikan
  4. Biarkan wajah berehat
  5. Jaga apa yang anda makan.
Yang saya ingin fokuskan adalah No.5, kerana ramai diluar sana sudah menajdikan No.1-4 sebagai rutin harian. Tetapi No.5 ini ramai tidak peka dan tidak ambil kisah. Anda sendiri pikirkan kenapa....


JAGA APA YANG ANDA MAKAN


Agar kesan penuaan dapat ditunda anda perlu menitikberatkan soal pemakanan. Sikap suka mengambil makanan segera hanya mengenyangkan tetapi tidak mempunyai nilai zat adalah perlu dielakkan.

Mulai sekarang amalkan pemakanan sihat dan baik untuk awet muda. Pilih makanan yang banyak mengandungi protein serta pilih sayuran dengan kombinasi pelbagai jenis warna serta mengandungi antioksida. 

Amalkan mengambil vitamin dan juga buah-buahan segar berwarna dan mengandungi banyak air. Pengambilan suplemen baik untuk tubuh dan kulit. Ia boleh diamalkan selama mana yang anda perlukan.





Jangan lupa untuk minum air putih. Lupakan terus minuman berkafein dan minuman penambah tenaga, bergas. ini kerana air putih akan memudahkan anda membuang toksin di dalam tubuh secara semula jadi.






Akhir sekali, bagi yang merokok, ucapkan selamat tinggal kepada tabiat buruk ini. Merokok dan juga alkohol bukan sahaja membahayakan kesihatan, ia juga boleh mendatangkan kesan pada kecantikan kulit.
Membiasakan diri dengan persekitaran sesak dengan asap rokok terutama di kelab malam dan sebagainya juga akan menambahkan masalah pada kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering dan banyak lagi.



Di Shaklee kami menyediakan suplemen untuk penjagaan kulit dari dalam.
http://sihatlindungselamat.blogspot.com/2012/07/skin-care-set-shaklee.html

Sekiranya anda orang yang menjaga kecantikan dan ingin melambatkan proses penuaan, SMS/WHATSAPP 0173725667 untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment