Apa yang Anda Cari ?

Sunday, 6 July 2014

DISEBALIK VITAMIN E YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

No comments:

Salah satu Vitamin yang popular adalah Vitamin E. 

Perempuan suka sebab untuk kulit. kalau lelaki suka sebab kesuburan. Tapi sebenarnya banyak lagi kebaikan Vitamin E ni yang mungkin anda tidak tahu.

Jom kita ambil tahu...

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.


Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.

Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


Wow!!! Sounds GOOD..

Apa lagi..Order la sekarang.
Nak order Vitamin E sila SMS/Whatsapp ke 0173725667..

MAHUKAH ANDA TUA SEBELUM USIA?

No comments:
Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.

Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.

Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.

Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?
Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?
Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?
Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?
Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.

Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.

Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.


entry credit to : KEVIN ZAHRI

Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

Saturday, 5 July 2014

Omega Guard Shaklee membantu tingkatkan mood.

No comments:

Bagaimana Omega-3 membantu di dalam mood disorder?

Data-data yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji seluruh dunia menunjukkan bahawa EPA bersama dengan DHA membantu di dalam 'mood disorder'. Akibat daripada kekurangan pengambilan lemak, kita mendapat jumlah jumlah asid lemak Omega-3 yg kurang untuk fungsi otak yang sihat dan tahap mood seseorang. Kemurungan adalah lebih berhubung kait dengan penyakt koronari arteri daripada kepelbagaian personaliti yang lain, kemungkinan kerana kedua-duanya berpunca daripada kekurangan asid lemak Omega-3.


Omega Guard ( Omega-3)

Lepas anda mula mengamalkan Omega Guard ni, pasti mood anda lebih terkawal. Nak tau tak, dengan mengambil Omega Guard secara konsisten, anda pasti akan dapat rasa badan anda lebih ringan. Ini kerana Omega Guard membantu memecahkan lemak-lemak tepu dalam badan kita...


Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

Adakah Supplement minyak ikan Omega-3 benar-benar membantu kepada arthritis?

No comments:

Adakah minyak ikan Omega-3 membantu kepada arthritis?

Supplemen EPA dapat mengurangkan kekakuan pada sebelah pagi, kesakitan dan pembengkakan sendi-sendi serta memudahkan pergerakan yang mungkin melumpuhkan arthritis. (Adv. Ther 2002 Mar-Apr:19 (2)101)."Eicosanoids buruk" yang dihasilkan daripada pengambilan karbohidrat ringkas dan minyak Omega-6 yang berlebihan, menggalakkan keradangan pada sendi. Supplemen minyak ikan Omega-3 menindas penghasilan eicosanoids buruk tersebut. (Atherosclerosis, 1990:81: 209-216).

Supplemen minyak ikan sebenarnya memperbaiki tahap kesihatan klinikal pesakit-pesakit yang mengidapi rheumatoid arthritis (J. Rheumatol 2000 Oct: 27 (10); 2343-6) dan bermanfaat kepada pesakit-pesakit yang sememangnya ada rheumatoid arthritis (J. Rheumatol 2001 Nov: 28 (11): 2563-5). Minyak ikan tidak bertindak sepantas ubat-ubatan. la tidak memberikan anda kesan yang pantas tetapi sementara sebagaimana aspirin dapat berikan. Anda perlulah bersabar memandangkan rawatan dalaman akan mengambil masa beberapa bulan. Perubahan imuniti yang menyeluruh mungkin mengambil masa selama 9 bulan. Kesabaran anda akan dibalas kerana terapi sebegini adalah bebas daripada kesan-kesan sampingan. (Arthritis And Rheumatism, 1994; 37: 824-29). Sekali lagi, kami merujuk kepada pengamalan dosej yang tinggi - 3-4g EPA.

Omega Guard (Minyak ikan Omega-3)


Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

Thursday, 3 July 2014

Kenapa tidur lepas Subuh itu tidak baik?

No comments:
Bulan-bulan puasa ramai yang buat gini..lepas sahur sambung balik tidur. Bagi yang dah biasa tidur balik lepas sahur tu, apa kata esok korang teruskan aktiviti sebaik sahaja lepas sahur. JANGAN tidur semula. Dan korang pasti akan rasa kelainan pada tenaga.

Jangan Tidur Selepas Solat Subuh

Tidak dinafikan ada sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan.

Amalan ini adalah kurang baik kerana Rasulullah SAW sendiri melarang anaknya Fatimah r.a. tidur selepas subuh. Ramai orang sering memperkatakan tentang larangan tidur selepas solat subuh. Larangan ini bukanlah daripada kita, tetapi terdapat hadith Rasulullah SAW yang mana baginda melarang anaknya Fatimah untuk tidur selepas subuh.

Lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar. Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

Tabiat Pemalas Yang Perlu Diubah

Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh





Kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

Jika Mahu Bermuhasabah, Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi,
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :
“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat? Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”.

Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini?Nak ke suami yang sebegini? Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang. 

Masa Untuk Berubah
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada Perubahan.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar.
Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
– Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya.
Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar.
Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.”
Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua.
Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU.
Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN.
Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul.
Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jika kita tetap meneruskan amalan tidur selepas solat subuh, maka kita di antara orang-orang yang tergolong dalam kerugian. Bukankah di pagi hari itu, adalah pembuka segala rezeki.
Jadi, marilah kita bermuhasabah bersama-sama.
Jika kita mampu mengangkat berat berkilo-kilo, tak akan selimut yang ringan tidak mampu untuk kita angkat.

Entry kredit to
http://malaysianreadthis.blogspot.com

Tuesday, 1 July 2014

Kerisauan ibu-ibu menyusukan anak

No comments:

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Credit to : http://pama.karangkraf.com/mobile/rahsia-penyusuan-ketika-berpuasa-1.295198

Indah ke WAHM?

No comments:

WAHM? Apa ke bendanya tu?
Dulu saya pun tidak tahu apakah itu WAHM sehinggalah saya bercita-cita untuk bermajikan dan bekerja sendiri dari rumah..

Rupanya WAHM tu adalah Work At Home Mommy..ye itu lah cita-cita saya dalam 5 tahun lepas. Target saya umur 30 saya nak jadi WAHM, duduk di rumah membesarkan anak dengan kudrat sendiri, sambil duit masuk dalam akaun...

Sekarang, saya dapat membesarkan anak-anak saya sendiri. Dapat melihat perkembangan mereka, dapat menjaga dikala mereka sakit dan dapat mendidik mereka.

Di kala ibu-ibu lain sedang sibuk di tempat kerja, saya pula dirumah sibuk berguling dengan anak dirumah, meneman mereka belajar, menyuap anak makan dan melayan kerenah anak-anak.

Apakah yang membuatkan saya dengan senang hati berhenti kerja dan dengan apakah saya akan membayar hutang bank saya?

Sebelum berhenti kerja lagi saya dah mula buat perniagaan online. Bila income dah stabil, saya pun berhenti la   dengan income perniagaan online, saya dapat membayar hutang, bagi mak dan abah dan untuk keperluan yang lain.

Seronok rupanya.  Dan kena ingat kita yang menjadikan ianya indah atau sebaliknya..saya pilih untuk untuk menjalani kehidupan itu indah bersama anak-anak saya..

I love my kids..