Pages

Apa yang Anda Cari ?

Friday, 2 January 2015

Tidak Sabar Untuk Hari Pertama ke Sekolah

Hari pertama Along ke sekolah. Orientasi je...pada 1/1/2015

hari pertama sekolah
Hari pertama sekolah

Bangun seawal pukul 6.10 pagi, lantas ke bilik air dan mandi. Bila dia bangun, Jannah pun bangun sekali. Lepas mandi kena Subuh dulu ye.

Seperti saya masa kecil dulu, sebelum ke sekolah mestilah mengaji dulu. Lepas mengaji pulak sarapan. Pada mulanya, Along menolak untuk bersarapan. Namun selepas dibebel, dia akur. Sepiring bihun bersama segelas susu. Bukan dia seorang yang minum susu, adik-adik turut serta minta susu pagi-pagi tadi. 

Keadaan agak kelam kabut sikit bila dia masih belum pandai menguruskan pakaiannya sendiri, baju tak reti lagi nak masuk kedalam seluar, tali kasut pun tak reti ikat lagi.

Sampai sekolah check nama, dia berada di kelas F. Ada sebanyak 12 kelas. dan setiap kelas ada 40 pelajar. Sungguh ramai jika dibandingkan dengan sekolah saya dulu yang hanya ada 2 kelas. Masuk barisan terus jumpa kawan satu sekolah tadika Smart soleh, Aqil.

Lepas dengar cikgu disiplin berucap, anak-anak masuk ke kelas untuk ujian. Tak tahulah ujian apa, tapi along ata senang je. Hahaha..kalau dia jawap salah pun bukan dia tahu. Tu yang dia kata senang.

Sementara anak ambil ujian, ibu bapa beratur la untuk bayar yuran dan ambil buku teks. Segala berjalan lancar bila Soleh dan Jannah ditumpangkan kat rumah kakak. Maka tidak perlu untuk acara mengejar mereka. 

Selesai je Along ujian dan selesai juga la urusan yuran dan buku. Pukul 11 bergerak keluar dari sekolah.

Mula balik sekolah pada 12hb Januari. Dekat 2 minggu lagi..Ada lagi la masa nak bergaduh dengan dia kat rumah. Hehehe..biasa la tu..

No comments:

Post a Comment