Pages

Apa yang Anda Cari ?

Thursday, 16 October 2014

MANFAAT BROKOLI UNTUK KELUARGA


Seperti dalam KISAH JANNAH (Part 1), anak dara yang sorang ni memang sukakan sayur. Sayur yang paling dia suka adalah BROKOLI. 


anak suka brokoli
BROKOLI


Anak suka dengan brokoli, maka saya pun dengan sukacitanya mencari info mengenai sayur kegemarannya ni. 


Sebagai seorang ibu, kita mesti ambil tahu tentang kelebihan dan keburukan setiap makanan yang masuk dalam perut anak-anak kita. Betul tak?


Umumnya orang tahu sayur-sayuran itu bagus untuk kesihatan. Tapi, lain sayur, lain manfaatnya. Setelah digoogle, maka saya juga agak teruja dengan manfaatnya. Kira ilmu baru la ni buat saya. Nak kongsi juga la dengan ibu-ibu lain.




Brokoli menjadi terkenal apabila penyelidik mendapati ianya terkandung senyawa yang disebut sulphoraphane yang boleh berfungsi sebagai agen anti-kanser. Sesuatu yang menakjubkan.



Brokoli ni sarat dengan nutrien dan vitamin. Antaranya :

  • Kalsium - Menguatkan tulang.
  • Kalium - Membantu jantung dan otot-otot bekerja dengan lebih baik
  • Vitamin A - Menjadikan mata lebih sihat
  • Vitamin C - Menguatkan sistem imun sekaligus dapat melawan penyakit dan menjadikan anda sihat. Hanya dengan 100g brokoli, ia dapat membekalkan keperluan vitamin C anda untuk 2 hari.
  • Brokoli juga merupakan sumber serat.
  • 100 g brokoli = 120kJ.


9 Faedah Brokoli untuk kesihatan kita:

  • Mencegah Kanser 
  • Mengurangkan kolesterol 
  • Mengurangkan Alahan dan Keradangan 
  • Antioksida Yang Kuat 
  • Kesihatan Tulang 
  • Kesihatan jantung 
  • Detoks
  • Program diet
  • Bersifat Alkali untuk Badan Anda
*sekiranya anda memerlukan saya memberi penerangan untuk 9 faedah diatas, sila tinggalkan komen ye..


Dah tahu ni, maka rajin-rajin la hidangkan brokoli untuk ahli kerluarga anda ye. Didik anak dari kecil untuk sukakan sayur. Bila dah besar baru nak ajar, agak terlambat dan susah untuk mula.







---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi

No comments:

Post a Comment