Pages

Apa yang Anda Cari ?

Thursday, 9 October 2014

BERFIKIRAN NEGATIF, SENSITIF DAN MUDAH TERASA

Hati ni memberontak nak menulis tentang satu jenis sikap yang saya panggil penyakit. Penyakit ini merbahaya bukan sahaja pada tuan punya badan, malah ia memberi kesan kepada orang lain juga. Dan penyakit ini tiada ubat mahupun supplement yang boleh merawatnya. Hanya sikap tuan punya badan yang boleh merawat penyakit ni.


Penyakit tersebut adalah berfikiran negatif, sensitif dan cepat terasa




Saya mengenali seseorang yang bersikap sebegini. Puas sudah orang sekeliling menasihati beliau, namun keadaannya masih begitu. Apakah puncanya pun tidak diketahui.


Kadang-kadang jadi tak larat nak bercakap dengan dia, disebabkan sikap nya yang sebegitu. Kita sembang pasal lain, tak pasal-pasal dia terasa. Tak sudah-sudah cakap, orang hina dia, orang kutuk dia. Sedangkan orang tak de pun anggap dia macam tu. 

Sikap rendah diri itu adalah sifat yang mulia. Salah satu ciri-ciri rendah diri adalah tidak mudah emosi dan mudah menerima pendapat orang lain. Tapi melihat sikap beliau bukanlah tergolong dalam sifat rendah diri. 


Saya ada terbaca seseorang yang bersikap sebegini dan beliau cuba minta pendapat orang lain tentang sikapnya. Beliau sedar akan sikapnya yang sebegitu dan cuba untuk berubah. 


Ini adalah petikan dari beliau sendiri

"Just nak tanya, orang yang selalu berfikiran negatif, pemarah, sensitip dan mudah tersentap/terasa...adakah itu satu penyakit pada diri atau pun dah memang sikap macam tu. Benda ni sebenarnya pada saya, saya cuba nak jadi seorang yg berfikiran + dan tidak mudah tersentap atau sensitif...tp sukar. Sikap saya macam ni telah membuatkan kawan-kawan saya dan ipar duai saya meluat kat saya. Di rumah begitu, di ofis pun sama. Sbg coth, dalam department saya...apabila saya tidak dipanggil masuk mtg sama, saya mula lah akan fikir negatif dan cepat terasa. Bila jadi begitu saya sendiri akan tertanya-tanya dan akan bertanya pada bos saya..kenapa saya tidak di panggil masuk mtg sama...sambil berkata..ialah saya orang tak penting..takkan bos nak panggil saya. Saya cuba nak bersikap open, nak jadi sorang yang matang, tidak sensitif, tidak mudah terasa hati, tetapi tidak boleh. Begitu juga apabila kawan-kawan saya keluar waktu lunch, tidak mengajak saya, saya akn cepat terasa...sambil bertanya pada kawan2 sya kenapa tidak pelawa saya sama...kenapa tak ajak aku sama..ialah aku tahulah aku ni tak setaraf dgn korang..dulu kita sama-sama..pegi mana pun sama-sama..seakrang korang lupakan aku. Saya tak tahu lah..agaknya sbb sikap saya macam ni buat orang meluat pada saya. Saya cuba hindar kan benda-benda macam ni..tak nak jadi sorang yang sensitip, pemarah, mudah terasa,,,tp tak boleh. Apa yang boleh saya laku kan...?? Pada zahirnya nampak saya lemah lembut, tp dalam hati saya..itulah sifat-sifat yang ingin saya buang...saya tak tahan lagi dgn sikap macam ni..."



Tak tahu nak kata apa lagi, hanya mampu berdoa, semoga beliau sembuh dari penyakitnya. 


TIPS untuk mereka yang selalu berfikiran negatif, terlalu sensitif dan mudah sangat terasa..

1. Banyakkan bergaul dengan orang2/kawan2 yang berpikiran positif;
2. Banykkan membaca buku motivasi/ selfhelp..sekiranya anda stress or depress...ada tip2 yang berguna
3. Sentiasa berdoa supaya hilang rasa was2 atau syak wasangka

Semuanya di dalam diri anda sendiri!...Anda boleh mengubah dari negatif kepada positif!


No comments:

Post a Comment