Pages

Apa yang Anda Cari ?

Thursday, 11 September 2014

Kisah Jannah (Part 1)

Entry ni ditaip sambil menyuap Jannah saya yang berusia 2 tahun makan nasi.

Apa yang saya nak kongsikan adalah tentang kegemaran Jannah yang berbeza sekali dengan kebanyakan budak-budak. Sayur sememangnya menjadi kegemarannya sejak dari dia mula makan nasi. Segala jenis sayuran tanpa memilih. 


Sejak 3 bulan lalu saya sudah mula mengajarnya makan sendiri. Dia akan makan semeja bersama dengan abang-abangnya. Dalam setiap pinggan anak-anak lengkap dengan nasi, sayur dan ikan. Jannah yang sukakan sayur akan makan sayurnya dahulu sampai habis. Bila sayur dalam pinggannya habis, dia akan mengutip sayur-sayur yang ada dalam pinggan abang dia. Maka, saya mesti akan masak sayur setiap kali hidangan. Dan seronok membeli-belah sayur ni. 

Dan bila masa saya menyuapkannya, Jannah akan pastikan setiap suapan mengandungi sayur. Jannah tidak akan buka mulut sekiranya dalam sudu atau suapan itu tiada sayur. Menarik bukan...Lega rasanya bila tidak perlu paksa anak-anak untuk makan sayuran.


Selesai sudah menyuap Jannah..masa untuk mengemas meja makan pula..

Bye..

No comments:

Post a Comment