Pages

Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 3 September 2014

CARA MENGAWAL KANAK-KANAK YANG AKTIF

Bagaimana Mengawal Anak yang aktif


Mempunyai atau menjaga kanak-kanak yang aktif, kadang-kadang boleh mencabar dan sukar untuk menanganinya. Sudah tentu, kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak ini akan duduk diam dan tenang. Kanak-kanak ini mempunyai semangat ingin tahu tentang segala-galanya dan mereka akan sentiasa cuba untuk mencuba sesuatu yang tidak kita jangka dan ada kalanya akan mengakibatkan kecederaan. 

Di sini, saya hendak kongsikan bagaimana cara mengawal kanak-kanak yang aktif. Saya sendiri akan melakukan cara-cara ni kepada anak saya yang memang tidak boleh duduk diam.


Berikut adalah beberapa cara untuk mengendalikan kanak-kanak aktif: 


  • Bacakan buku cerita pada anak anda. Ini untuk memastikan mereka terlibat sama dalam beberapa waktu dan akan meningkatkan tahap tumpuan dan imaginasi. 
  • Berbual dengan anak anda. Ini dapat menarik perhatiannya untuk beberapa lama. Setiap kali mereka bangun dari tidur, cuba untuk berbual. Sambil buat kerja rumah, anda juga boleh berbual dengan mereka.
  • Sekali-sekala, cuba anda sembunyikan mainan anak anda. Kemudian, cuba suruh mereka cari permainan tersebut. Aktiviti ini akan memastikan dia sibuk untuk tempoh masa yang panjang dan juga dapat meningkatkan kuasa pemikirannya. 
  • Main secara interaktif dengan anak anda.. Semua kanak-kanak suka bermain dengan ibu bapa mereka. Aktiviti ini bukan sahaja akan membantu mereka supaya sibuk, tetapi ia juga dapat meningkatkan hubungan antara anak dan ibu bapanya. 
  • Kawasan larangan akan membuatkan kanak-kanak ingin lebih tahu. Oleh itu, sebaiknya dinasihatkan untuk tidak mengatakan bahawa terdapat kawasan larangan didalam rumah. Sekiranya ada, pastinya mereka akan menuju ke tempat tersebut lebih dulu. 
  • Anda boleh meletakkan bayi anda yang aktif di tempat duduk bayi atau 'rocker' dan berikannya mainan lembut. Ini dapat memberikan anak anda masa untuk duduk diam, dan dapatlah anda menguruskan kerja-kerja rumah.



  • Kenalpasti minat anak anda, beri galakan kepadanya serta memujinya supaya dia mahu bermainnya bersama-sama dengan anda. Aktiviti itu mungkin seperti membina blok, melukis, mewarna, aktiviti dapur, dan perkara-perkara yang menyeronokkan yang lain.
  • Mengadakan aktiviti seni dan kraf untuk meningkatkan tahap tumpuan.
  • Satu lagi cara yang penting untuk menjaga kanak-kanak yang aktif adalah dengan memberinya tanggungjawab dan juga beberapa kerja. Anda boleh meminta anak anda membantu mengambil barangan untuk anda, menyiram pokok ataupun mengemas barangan yang telah mereka sepahkan. 
  • Berikan beberapa kerja kepada anak anda setiap hari - sesuatu yang mereka boleh melakukan setiap hari. Apabila mereka menyelesaikan tugas mereka, jangan lupa untuk memuji mereka. Mereka akan berasa gembira dan akan lebih berminat dalam aktiviti-aktiviti dirumah untuk menerima pujian. 


Sekian sahaja perkongsian saya...






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment