Pages

Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 24 September 2014

CARA MENGAJAR BAYI TIDUR

Bagi sesetengah ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi mungkin ada rasa sedikit terganggu dengan waktu tidur bayi yang tidak menentu. Bila anda baru hendak tidur, bayi anda pula bangun. Pasti anda suka bila waktu tidur bayi anda teratur. Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik pada bayi anda..





Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia 0-3 bulan ini: 



Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih 

Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah. 

Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam katilnya atau buaian. 

Lama-kelamaan anda akan memahami mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur. 


Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam 

Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat lari dari masalah ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang. 

Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau suara kanak-kanak lain. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, berhenti dari bermain dengannya ketika sudah masuk dalam bilik ataupun ketika menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur. 


Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri 

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga. 

Bagaimana cara anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam. 


Entry : kredit to babycenter



"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment