Bagaimana Cara Melatih Anak Kecil Untuk Duduk Diam Ketika Anda Membacakannya Buku.
Membacakan buku cerita kepada anak anda adalah sangat bagus untuk perkembangannya. Ia membantu anak anda mengasah kemahiran mendengar, menggalakkan si kecil untuk menggunakan imaginasi dan dapat mengajar si kecil untuk duduk diam. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak merasa sukar untuk berada di satu tempat pada satu-satu masa, termasuk lah anak saya. Belum habis satu muka, dah selak muka sebelah. Belum habis satu buku, dah ambil buku lain. Tetapi, jangan beri alasan untuk tidak membacakannya buku cerita hanya kerana anak anda jenis yang tidak sabar dan aktif.
masa bercerita |
Mari sini, saya nak kongsikan beberapa tip atau langkah untuk mendidik anak supaya boleh duduk diam ketika kita membacakannya buku cerita.
1. Dapatkan buku cerita yang sesuai untuk umur beliau. Sesetengah buku untuk lingkungan umur yang luas, seperti dua hingga enam tahun. Pemilihan buku penting untuk menarik minat anak anda. Cerita-cerita untuk kanak-kanak prasekolah mungkin terlalu kompleks untuk anak kecil anda.
2. Sediakan anak anda untuk masa cerita. Minta dia untuk tidak mengganggu ketika anda sedang bercerita, tetapi baritahu anak anda bahawa dia akan dapat bertanya soalan selepas cerita selesai.
3. Bersiap sedia sebelum masa cerita bermula. Ini memberi masa untuk anak anda mencari keselesaan buatnya. Semakin selesa anak anda, semakin besar kemungkinan beliau untuk duduk diam sepanjang tempoh bercerita.
4. Menyediakan insentif bagi anak anda, seperti memegang mainan kegemarannya atau membenarkan dia duduk di atas riba anda. Mencari tempat yang agak terpencil untuk meminimumkan gangguan luar sekiranya dia berkeras untuk tidak duduk diam. Sebaiknya jauhkan daripada rak buku bagi menghalang anak anda menyibukkan dirinya dengan buku-buku lain. Beritahu dia bahawa selepas habis satu buku dia boleh boleh memilih buku yang lain.
5. Bagaimanapun, kita sendiri perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Duduk diam dan mendengar cerita. Jangan berbual dengan pasangan ataupun anak anda yang lain sehingga selesai masa bercerita. Pastikan telefon bimbit anda dimatikan atau senyap sehingga anda meninggalkan tempat bercerita.
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"
HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi
COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment