Pages

Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 10 September 2014

8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh badan anda bersedia untuk menempuh alam kehamilan. Untuk itu, wanita yang merancang untuk hamil perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.

Di sini saya nak kongsikan persediaan sebelum hamil.


8 persediaan sebelum hamil.


1. Asid Folik

Asid Folik merupakan satu daripada unsur Vitamin B yang membantu mengelakkan
kecacatan saraf tunjang pada bayi sejak dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.
Kalau anda sayangkan bakal bayi anda, jangan tinggalkan Asid sejak dari mula merancang untuk hamil...Saya amalkan B complex Shaklee yang lengkap dengan Asid Folik. 
KENAPA SAYA PILIH B COMPLEX SHAKLEE DAN BUKAN ASID FOLIC DARI KK.


2. Sayur-sayuran & buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan Vitamin C. Jika anda merancang untuk hamil, anda perlu mendapatkan Vitamin C kerana ia mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit. Selain sayur dan buah, saya amalkan VITAMIN C, kulit pun cantik berseri je..


3. Makan banyak ikan

Kenapa ikan? Ikan adalah sumber Protein yang paling baik dan murah. Tapi, sekarang ikan tidak la semurah yang disangka. hehehehe. Selain itu Protein daripad ikan mudah dicerna oleh tubuh. Ikan juga kaya dengan asid Omega-3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan..Saya suka ikan dan saya juga amalkan minyak ikan Omega Guard Shaklee..Hasilnya, anak saya memang cerdas sejak dari dalam kansungan..


4. Karbohidrat bukan lemak

Sewaktu hamil, tubuh memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekurangan kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan berlemak bila hamil nanti.


5. Zat Besi elak Anemia

Semua orang tahu, proses bersalin bukannya mudah. Persediaan haruslah dilakukan sejak awal lagi. Antara yang perlu diberi perhatian ialah kandungan darah semasa hamil. Untuk pengetahuan anda, ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40-60%. Jadi, untuk mengelakkan berlakunya masalah Anemia, anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Wanita hamil yang mengalami Anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan lagi keadaan. Dalam Vitalea Shaklee ada Zat besi. Maka, saya amalkan 1 biji Vitalea setiap hari..


6. 8 gelas air

Tubuh kita sememangnya memerlukan air. Ia tidak menjadi masalah sekiranya anda seorang yang megambil berat tentang pengambilan air. Tempoh awal kehamilan, ramai yang akan mengalami gejala-gejala seperti loya dan muntah. Akibatnya air banyak keluar. Jadi, anda perlu minum air yang banyak bagi menggantikan air yang hilang itu. Bila kandungan semakin membesar, anda mungkin akan mengalami masalah sembelit sekiranya badan anda kekurangan air.


7. Sarapan pagi

Sarapan pagi penting untuk semua orang, bukan hanya wanita hamil. Di awal kehamilan anda akan sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Dengan bersarapan, rasa lesu itu dapat dikurangkan.


8. Beriadah

Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan. Lakukanlah senaman yang sesuai dengan keupayaan anda. Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah.



 "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE SAHAJA. 
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment