Pages

Apa yang Anda Cari ?

Sunday, 7 September 2014

SUPPLEMENT MENGARUT??

Supplement? Mengarut lah...Buang duit je..Bukan kenyang pun. Baik duit tu buat makan KFC, beli handbag, Beli kosmetik..


Yang berkata begitu adalah mereka yang tidak tau menghargai kesihatan. Melainkan orang tersebut betul-betul makan mengikut piramid makanan. Tapi.....



Boleh ambik ikut sukatan mcm dalam gambar tu?
Bila tak nak ambik supplement, tentu la anda kata 'BOLEH!'..

Health is Wealth!
It changed our health.
It changed our thinking.
It change our maturity.

Bagi saya perlu.. sebabnya pemakanan zaman sekarang tak macam orang dulu-dulu.. yelah, tanam sayur belakang rumah, bagi baja organik.. memang lah sangat-sangat fresh.. dan yang penting kita kena tahu, walaupun kita dah ambil supplement atau vitamin ni, kita masih perlu makan makanan seimbang, buat senaman, dan amalkan cara hidup sihat.. contoh paling senang; 'walaupun kita dah pergi tuisyen, kita masih perlu pergi sekolah setiap hari...'


20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen /Vitamin

1. Makanan tak seimbang - ini yang selalu kita amalkan..

2. Masalah penghadaman - Penghadaman yang tak efisien boleh menghadkan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya kalau mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat..ni akan menyebabkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu pun boleh menjejaskan penyerapan vitamin kesan dari kunyahan yang kurang efisien.

3. Kopi, Teh Panas & Rempah - Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. dan kesannya kurang rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang. 

4. Alkohol - Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium. 

5. Merokok - Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun..

6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus - Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Jika kita ambil julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium. 

7. Diet Yoyo - Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin..Diet yang paling top ialah diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K..Diet vegetarian pula diet yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain yang boleh beri kesan kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia. 

8. Makanan terlebih masak - Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E..

9. Makanan diproses (dalam tin) - Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali. 

10. Fast food - Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut..

11. Antibiotik - Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan, boleh juga menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus. 

12. Alahan Makanan - Ada sesetengah orang yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 

13. Kehilangan nutrien dalam tanaman - Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah seperti penggunaan baja yang bukan organik dan racun serangga..

14. Kemalangan atau penyakit - Sebagai contoh; luka terbakar boleh menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel..

15. Tekanan atau stress - Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C. 

16. Sindrom pra haid - Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6. 

17. Remaja - Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa. 

18. Wanita hamil - Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi. 

19. Pil perancang - Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin. 

20. Warga emas - Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan..


Ok..setelah membentang 20 sebab-sebab ni, rasa-rasanya perlu tak kita ambil vitamin ni? Tepuk dada tanya selera.. haha.. bermadah pula ye.. dan kalau-kalau korang merasakan perlu dan nak ambil vitamin ni, boleh pm atau whatsapp saya.. in shaa Allah saya cuba bantu dan consult.. yang penting KITA SIHAT!!!


Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.

Anda tidak perlu risau tentang produk yang anda makan dan juga produk yang anda jual ini sama ada Selamat atau tidak kerana, Shaklee mempunyai banyak back-up science studies







Selama lebih 50 tahun Shaklee bertahan sebagai peneraju nutrisi supplement dan tiada syarikat lain yang boleh lakukan seperti Shaklee iaitu menghasilkan produk yang SEMULAJADI, SELAMAT dan terbukti BERKESAN.


Untuk sertai kami dalam group yang betul, boleh refer kat SINI.

Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...





No comments:

Post a Comment