Pages

Apa yang Anda Cari ?

Thursday, 4 September 2014

BAHAYA AIR MASAK PADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Hari ini saya nak berkongsi 4 sebab kenapa bayi berumur dibawah 6 bulan perlu dielakkan dari diberikan air kosong. 


Jika di ikutkan, ramai juga orang-orang tua yang bising terutama kepada ibu-ibu muda yang enggan memberikan air kosong kepada bayi mereka. Nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu…hehe..


makanan-bayi-umur-6-bulan

Tapi apa-apa pun, berikut adalah sebab-sebab kenapa air kosong perlu dielakkan dari diberi kepada bayi dibawah umur 6 bulan :


1. Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih.

2. Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi dahaga. Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.

3. Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik.

4. Susu ibu menghasilakn salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan menghakis salutan ini.
Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.



Kalau lepas ni ada emak atau emak mertua atau mana-mana orang yang bising-bising suruh bagi minum air kosong, cara paling mudah pandai-pandai lah mengelat cakap “dah bagi dah tadi”.. :p 

Nak buat macam mana lagi kan..
Kalau terus terang cakap tidak boleh, nanti bergaduh la pulak..


"Aku dulu-dulu bagi anak aku minum air putih, ok je..hidup sampai sekarang..." ha tu la salah satu jawapannya...hehehehehe

Selamat malam...

No comments:

Post a Comment