Pages

Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 8 October 2014

8 SENAMAN MINDA UTUK BERJAYA



Sebelum ni saya kongsikan 7 tips untuk bagi otak kita berfikir lebih pantas hari ini saya kongsikan pula 8 SENAMAN MINDA UNTUK BERJAYA.




Kejayaan atau kegagalan bermula dari minda kita sendiri. Jadi, jangan salahkan sesiapa sekiranya kita gagal dalam hidup. Minda yang positif akan memberi hasil yang positif. Kita semua mahukan hasil yang positif, betul tak?



Terdapat 8 senaman yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang postif.




1. Fikirkan masa hadapan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Selalu lah lakukan senaman ini kerana mereka yang mempunyai minda postif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini. Mereka yang berjaya mempunyai visi dan selalu memikirkan masa hadapan. Kurangkan berfikir tentang apa yang sudah terjadi, maksudnya benda yang lepas.


2. Punyai matlamat dalam minda.

Anda ada matlamat hidup? Sekiranya ada, Tahniah! kerana anda adalah tergolong didalam 2% yang mempunyai matlamat hidup. Kita sepatutnya mempunyai matlamat yang jelas dalam minda kita. seperti No.1 tadi, memikirkan masa hadapan, seringkali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.


3. Komitmen kepada kecemerlangan

Orang yang berjaya sering memikirkan cara untuk berjaya dan menjadi hebat di dalam bidang mereka. walaupun baru bermula dan belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Berikan komitmen kepada minda kita untuk berjaya.


4. Fokuskan kepada penyelesaian

Apabila ada masalah, jangan terlalu memikirkan nya. Fokus dan fikir kan jalan penyelesaian. Latih minda untuk berfikir tentang keputusan yang ingin dicapai dan jauhkan dari segala pemikiran negatif.


5. Orientasi keputusan

Setiap individu mempunyai kekuatan tersendiri. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang kita miliki akan memberikan hasil keputusan yang terbaik. Dimanakah kekuatan kita yang perlu kita fokuskan. Tapi pastikan kekutan yang postif ye.


6. Fikirkan kegagalan membawa kita kepada kejayaan

Cuba anda kaji balik, disebalik cerita ikon2 yang berjaya pastinya pernah mengalami kegagalan sebelum berjaya. Ini kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. 


7. Dedikasi dalam memperbaiki diri

Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu akan menjadi lesu dan berada ditakuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu2 baru, sama ada dari membaca buku, internet, majlis ilmu atau melalui pengalaman mereka yang telah berjaya. Perbaiki diri melalui ilmu.


8. Lakukan sesuatu SEKARANG!

Apa yang anda perlu lakukan setalah membaca 7 senaman minda diatas? Lakukan sesuatu ke arah kejayaan sekarang. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang sering kita lakukan. Memang saya akui, yang paling sukar adalah untuk meMULAkan sesuatu..




Mari kita gunakan 8 senaman minda diatas untuk kita menuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment