Pages

Apa yang Anda Cari ?

Friday, 24 January 2014

20 PERKARA PERLU TAHU TENTANG PENYUSUAN

1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selapas bayi dilahirkan untuk merangsang penghasilan dan pengaliran susu yang baik
2. Sebelum menyusu bayi, ibu haruslah melembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara selama beberapa minit.
3. Susu badan mengandungi 87.5 % air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
5.Ibu yang menyusukan bayinya secara ekslusif akan kerap lapar.
6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, ibu haruslah mengawasi pengambilan kafein, alkohol, nikotin dan gula kerana bahan-bahan tersebut mudah meresap ke dalam susu ibu dan akan memberikan kesan buruk pada bayi.
7.Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan bayi pada waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin akan dikeluarkan pada tahap yang paling tinggi.
8. ibu yang menyusukan bayinya dinasihatkan agar berhati-hati semasa mencuci payu dara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting bagi mengelakkan kekeringan pada bahagian tersebut.
9. Mencuci payu dara dengan air suam adalah yang terbaik.
10. Payu dara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa.
11. Ibu yang menyusukan bayi tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini termasuklah pengambilan pil perancangan.
12. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan perlbagai jenis penyakit.
13. *Vitamin A, B complex, C, K, Niasin dan asid folik adalah antara vitamin penting yang perlu ditingkatkan pengambilannnya semasa menyusukan bayi.
14. Susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ini bermakna khasiat yang terkandung di dalamnya akan lebih cepat diserap.
15. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat.
16. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi.
17. Hormon oxytacin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.
18. 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria fungus dan virus.
19. Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak.
20. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka.

Sumber : Pa&Ma Ogos 2008

*Untuk mendapatkan vitamin dan milk booster sila sms saya di 0173725667.

No comments:

Post a Comment