Pages

Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 22 October 2014

5 TIPS PENYUSUAN SUSU IBU DI DEPAN KHALAYAK RAMAI

Anda ingin memperjuangkan susu ibu untuk anak anda. Kadang-kadang ada yang berasa malu untuk menyusukan bayi di khalayak ramai. Malu, takut dan macam-mecam perasaan lagi. Ketahui bagaimana untuk menjayakannya di tempat-tempat awam. 

Di sini, saya senaraikan bebarapa tips penyusuan di khalayak ramai...


1. YAKIN DIRI

Jangan ragu ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

2. FOKUS

anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.

3. LOKASI

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. PAKAIAN KHUSUS

Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi.

5. BANTUAN

Jikan tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi "dinding" sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

No comments:

Post a Comment